Friday, August 9, 2013

Konsert Pray 4 - ERTI PRIHATIN

Bismillah

Malam ini hujan renyai renyai....
Usai selesai kenduri kami begegas bersiap utk ke PRAY 4 (Gaza Syria Mesir Rohingya).
Anak-anak bersemangat sekali....pertama kali mahu menonton konsert....

Sampai di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bangi.... kenderaan sudah penuh dlm tmpt parking.. di sepanjang jalan juga sudah penuh.... hati mohon pada Allah agar mudah kami jumpa parking yg mudah dan dekat utk ke pintu masuk utama.

Alhamdulillah parking settle.... hujan masih renyai... anak2 sudah disiapkan dgn baju sejuk dan tutup kepala masing masing. Kami harus melintas jalan ke seberang sana utk ke pintu masuk utama.... abah genggam erat tangan adik. Umi pula genggan erat tangan abang dan kakak..... kereta laju laju.... mohon lagi semoga Allah mudahkan kami melintas.... gusar juga rasa hati....

Sampai di tapak Konsert sudah ramai muslimin duduk hadapan pentas utama.... Subhanallah.. ramai sekali umat islam sekitar Bangi datang menyatakan rasa prihatin terhadap umat islam yg lain.

Kami duduk di hadapan tepi pentas.... Majlis dimulai dgn sajak dari Usrah Nurani diiringi anak anak dari Persatuan Tadika Islam..... bergema pentas.... diikuti dgn Mini Forum oleh ustaz Syed Abdul Koder, Ustaz Zamri Mantop dan Imam Muda Hassan.... terasa di hati mendengar suara ustaz-ustaz ini....
Di hadapan kami ada seorang PAKCIK menaiki kerusi roda. Dalam hati berkata2 gigih skali pakcik ini datang menunjukkan keprihatinannya... Pakcik ini asyik menoleh ke blkg memandang umi... kenapa ya... Tangannya menggamit ke arah abah. Rupanya pakcik nak minta tolong tolak kerusinya ke hadapan supaya lebih jelas pandangan atas pentas....
Usai Mini Forum, Aisyah pun dah mengantuk... dlm hujan pun boleh lena..... kami berangkat pulang...

Esoknya kami berbual kecil...
Umi: Semalam kita pergi PRAY 4. Utk apa? 
Faiq, Aisyah dan Farihin: (Diam, termenung.... agaknya nak fikir mcm mana nak jawab soalan cepumas umi...)
Faiq: Nak tengok konsert?
Aisyah: Nak bagi sedekah kat org Mesir?
Farihin: (bulat matanya masih berfikir.... heee)
Umi: Kita bersusah payah meredah hujan, melintas jalan yg byk kereta, duduk dalam lecah.... bukan sebab nak tengok konsert, nak tengok artis nasyid, nak tengok ustaz-ustaz....
Kita ke sana utk menyatakan kita PRIHATIN, kita tetap akan sokong umat Islam di serata dunia....
Faiq: itu la yg Faiq nak jawab umi.... heeee
Aisyah: Tapi semalam kita tak sempat sedekah....
Umi: Takpe nanti umi cuba sedekah online....
Umi: Ingat tak pakcik yg naik kerusi roda semalam
Aisyah: Aisyah kesian la kat pakcik tu... macam mana dia nak balik...?
Farihin: Abah bagus la umi... abah tolong tolak kerusi pakcik tu....
Umi: Pakcik tu walaupun tak boleh jalan, masih berusaha datang menyatakan sokongan.... AllahuAkbar.... tentu Allah akan jaga pakcik tu...
Farihin: (yg drp tadi diam saja tetiba meluru peluk umi). Aby rasa nak sedih la ingat kat pakcik tu.....
Umi: Rupanya aby pun prihatin ya dgn pakcik tu....

Mungkin anak2 umi belum faham sepenuhnya macam mana nak PRIHATIN terhadap orang Islam di Mesir, Palestin, Syria dan Rohingya. Tapi umi rasa gembira sebab anak2 sudah mendapat ilmu PRIHATIN terhadap pakcik kerusi roda itu..... Alhamdulillah.... Semoga anak2 umi akan membesar menjadi HAMBA Allah yg prihatin.

Apa pun niat ke ke Konsert ini.....
nak tengok konsert?
nak tengok artis nasyid?
nak tengok ustaz?
nak dtg tangkap gambar dan post di blog dan facebook?
Hanya Allah yg tahu....
Ya Allah ampunkan kita jika terbit rasa riak dalam hati....
merasa hebat merempuh sedikit dugaan ke majlis ini.... rupanya Allah ajar dengan kehadiran PAKCIK itu mengajar kami bahawa ada orang lain yg menempuh DUGAAN yg lebih utk ke majlis ini...
dan DUGAAN kita tentu takkan dapat menandingi dugaan umat islam di Mesir, Palesin, Gaza dan Rohingya yang dihujani peluru dan bom dan derita kehilangan ahli keluarga.
Allah.... Allah... Allah....

Dalam hujan renyai itu... kami mohon Allah perkenankan doa kami utk saudara kami di sana....
Aamiin....


Astagfirullah