Monday, August 3, 2015

Noxxa: Nasi Beriyani / Beriani

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

Nasi Beriyani Berempah
Sumber: Lenny Marlynna

Bahan-bahan :-
  • 2 cawan beras Basmathi, direndam selama 20-30 minit dan ditoskan (i guna Beras Faiza Basmathi Kohinoor Super Extra Long Grain haaa tudiaaa hehehe)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji bawang besar Holland, dimayang
  • 9 biji bawang putih, dimayang
  • 1 biji lada hijau, dimayang (i guna lada merah sebab lada hijau habis hihihi...)
  • 1 sudu teh rempah tumis serba sedikit (kayu manis, buah pelaga, biji ketumbar, jintan)
  • 1 sudu besar Rempah Beriani Chef Ammar (boleh didapati di Giant atau Mydin berdekatan anda. Nak guna rempah lain pun boleh...)
  • 1 sudu besar tomato paste
  • 2 sudu besar minyak sapi (I guna minyak masak jer sebab minyak sapi dah habis huhuhu tapi still sedap!)
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :-
1) Setkan Noxxa pc pada "stir-fry" mode. Masukkan minyak sapi/minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, lada hijau dan rempah tumis sehingga naik garing dan naik bau.
2) Masukkan rempah beriani Chef Ammar. Tumiskan lagi seketika.
3) Masukkan beras dan tumiskan dalam satu minit.
4) Masukkan air, tomato paste dan garam secukup rasa. Offkan periuk.
5) Setkan pada "Low Pressure" mode selama 7 minit dan putar tombol pada arah Pressure.
6) Selepas 7 minit, Noxxa pc anda akan mengeluarkan bunyi beep beep tanda dah siap. Dengan menggunakan senduk kayu tolak tombol Pressure ke arah Steam (kalau konfiden boleh tolak guna jari tehehehe). Lepaskan wap sehingga habis sampai anda mendengar bunyi "klik". Bolehlah buka tudung periuk. Taaadaaaa! Nasi briyani dah siap!
 
Sumber: Lenny Marlynna
 
 

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya 7 minit dah siap! Mood memasak pun mesti berkobar-kobar ni. Takyah selekeh sangat di dapur :P

    ReplyDelete