Thursday, August 20, 2015

Noxxa: Carrot Cake

*Ini himpunan koleksi bukan resepi asal saya.

CARROT WALNUT CAKE
Sumber: Juariah Hussin

Ayak semua bersama-sama dan ketepikan

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda
2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis (Saya x masuk)
1 sudu kecil garam

Pukul hingga kembang
4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 ½ cawan minyak sayuran @ minyak masak

2 ¾ cawan lobak merah diparut
1 cawan kelapa kering (sy tak letak)
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar

Cara2
1. Pukul telor + gula + minyak hingga kembang.
2. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
3. Campurkan carrot, walnut, nanas & kelapa ke dlm adunan dan kacau sebati dgn senduk.
4. Tuangkan ke dalam inner.
5. Steam 38 minit.. Kalau dah habis off kemudian kalau Kek masih basah blh steam lg 3 minit.

Sumber: Juariah Hussin

4 comments:

  1. Tak sangka carrot cake boleh masak guna noxxa. Mesti sedap nih...cepat dan jimat letrik. Kalau ada yg nak beli periuk ajaib nih...pm 019-2494819. Ibu bagi harga kaseh sayang dan dapat free 4 ebook resepi noxxa.

    ReplyDelete
  2. Geram aihh dengan noxxa nih. Macam-macam boleh masak ha, memang serbaguna kan. Suka.. :)

    ReplyDelete
  3. Kalau steam tombol letak kt steam ke

    ReplyDelete
  4. Salam...mcmana kalau nak beli inner pot sahaja? Call center tak pernah diangkat.

    ReplyDelete