Friday, August 7, 2015

Noxxa Sup Tulang

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

Sup Tulang Noxxa ~
Sumber: Lenny Marlynna

 Bahan-bahan :-...
  • 1kg tulang lembu
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana, dipotong empat
  • 9 biji bawang putih, diketuk (mood mengetuk macam tak rajin menghiris kalini hehehe)
  • 5 cm halia, diketuk
  • 1 rempah sup bunjut tulang
  • 1 paket rempah sup Adabi (tak perlu pun takper, tapi I memang suka rasa berempah sikit)
  • Kentang, lobak merah, batang seleri, bawang besar dihiris, cili api diketuk (jika suka...sedap tambah ni ada ummmppphhh!!!)
  • 8 cawan air
  • Garam dan lada hitam sebagai perisa
  • Sedikit minyak untuk menumis
 
Cara-caranya :-
1) Mula-mula setkan pada SF dan tekan butang ON. Masukkan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah ratus kecuali bunjut sehingga naik bau wanginya. Selepas itu, kalau suka lagi berempah boleh masukkan satu paket rempah sup Adabi. Betul tau uollsss masak guna Noxxa ni memang semerbak wangi betul bau tumisannya!
2) Kemudian masukkan tulang dan sedikit lada hitam kasar. Tumis bersama-sama untuk seketika dalam lebih kurang dua minit. Jangan lupa gunakan senduk kayu sahaja. Kacau perlahan supaya innerpot tak calar.
3) Masukkan 4 cawan air, bunjut sup dan sedikit garam. Offkan pc.
4) Tutup tudung periuk. Pastikan tombol menghala pada arah Pressure. Setkan pada HP mode selama 40 minit. Tekan butang ON
 
Sumber: Lenny Marlynna
 

5 comments:

  1. Sedapnye soup tulang. Berbaloi ada periuk noxxa nih. Siapa nakbeli noxxa pada harga istimewa pm 019-2494819 tq

    ReplyDelete
  2. 1 June 2016 periuk nih syarikat naikkan harga 7.5%.

    ReplyDelete
  3. Saya ada buka kutu periuk ni..harga kutu rm800 sebulan rm160 x 5 bulan tak masuk pos..whatsapp 0135074830 faizah

    ReplyDelete
  4. Sapa nakbeli cash harga rm699 mai pm akak. Akak bagi 4 ebook resepi periuk noxxa percuma melalui email. Masa harga dah naik nanti rm750. Cepat sapa nakbeli.As at 2 July harga maseh blum naik. Sapa beli nln july 2016 syarikat bagi dish rack free selagi stok maseh ada. Pm 019-2494819 laju-laju. TQ

    ReplyDelete