Showing posts with label NOXXA: Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label NOXXA: Lauk Pauk. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

Noxxa: Ketam Lemak Cili Padi

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

KETAM LEMAK CIPADI NOXXA
Sumber: Jamaliah Ali
 ( editan Cik Kiah Kicen)

Bahan:
  • 5 ekor ketam - bersih dn belah 2
  • 1 kotak santan 200 ml
  • 4 - 6 biji cili padi kampung
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 kpg asam keping
  • 1 inci kunyit hidup @ 1 sdt serbuk kunyit
  • 2 btg serai - titik
  • Garam

Cara
  • Kisar cili padi , kunyit hidup bawang putih dn merah.
  • Masukkn bahan kisar , serai dn ketam serta sedikit air
  • HP 4 minit.
  • SF dan masukkan santan dan perasa garam
 
Sumber: Jamaliah Ali

Asam Pedas Tenggiri Noxxa

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

IKAN TENGGIRI ASAM PEDAS NOXXA
Sumber: Jamaliah Ali
(Editan CKK)

Bahan:
5 kpg ikan tenggiri
10 btg bendir
1 ikat daun kesom
Air asam jawa
Minyak
Garam
2sdb kerisik
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Seketoi belacan*
15 tangkai cili kering*
-bahan tanda * dikisar

Cara2:
📌 Stirfry dan panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
📌 Masukkn daun kesom dan ikan. Kemudian air asam dan bendir.
📌 Tekan HP4 minit.
📌 Stirfry semula dn letak kerisik serta perasakan garam

Sumber: Jamaliah Ali

Friday, August 7, 2015

Noxxa Sup Tulang

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

Sup Tulang Noxxa ~
Sumber: Lenny Marlynna

 Bahan-bahan :-...
  • 1kg tulang lembu
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana, dipotong empat
  • 9 biji bawang putih, diketuk (mood mengetuk macam tak rajin menghiris kalini hehehe)
  • 5 cm halia, diketuk
  • 1 rempah sup bunjut tulang
  • 1 paket rempah sup Adabi (tak perlu pun takper, tapi I memang suka rasa berempah sikit)
  • Kentang, lobak merah, batang seleri, bawang besar dihiris, cili api diketuk (jika suka...sedap tambah ni ada ummmppphhh!!!)
  • 8 cawan air
  • Garam dan lada hitam sebagai perisa
  • Sedikit minyak untuk menumis
 
Cara-caranya :-
1) Mula-mula setkan pada SF dan tekan butang ON. Masukkan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah ratus kecuali bunjut sehingga naik bau wanginya. Selepas itu, kalau suka lagi berempah boleh masukkan satu paket rempah sup Adabi. Betul tau uollsss masak guna Noxxa ni memang semerbak wangi betul bau tumisannya!
2) Kemudian masukkan tulang dan sedikit lada hitam kasar. Tumis bersama-sama untuk seketika dalam lebih kurang dua minit. Jangan lupa gunakan senduk kayu sahaja. Kacau perlahan supaya innerpot tak calar.
3) Masukkan 4 cawan air, bunjut sup dan sedikit garam. Offkan pc.
4) Tutup tudung periuk. Pastikan tombol menghala pada arah Pressure. Setkan pada HP mode selama 40 minit. Tekan butang ON
 
Sumber: Lenny Marlynna
 

Wednesday, August 5, 2015

Noxxa: Daging Kurma

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

Daging Kurma Noxxa
Sumber: Lenny Marlynna

Bahan-bahan...
  • 700 gram daging batang pinang yang telah dipotong
  • 1 paket rempah kurma
  • Bawang merah, bawang putih, halia dikisar dan dicampur dengan rempah kurma. Gaulkan dengan daging
  •  
  • Bawang besar, dimayang
  • Rempah ratus
  • Kentang, lobak merah dan lada hijau dihiris (jika suka)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • Garam sebagai perisa
 
Cara-cara :-
1) Set pada Noxxa pc pada "Stir-Fry" mode. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dimayang dan rempah ratus.
2) Masukkan daging yang telah diperap tadi. Tumiskan seketika.
3) Masukkan kentang, carrot and lada hijau.
4) Masukkan santan separuh kotak, air dan garam. Air lebih kurang paras daging. Offkan periuk.
5) Set pada HP mode selama 25 minit. Pastikan tombol menghala ke arah Pressure.
6) Release steam dan tadaaaaaa! Siap sudah lauk kurma daging kita. (kalau nak kuah lagi pekat tekan mode Stir-Fry untuk pekatkan kuah)
 
Sumber: Lenny Marlynna
 
 

Tuesday, August 4, 2015

Noxxa: Ayam Beriyani

Ayam Beriyani

Bahan-bahan kisar :-
  • 2 biji bawang besar Holland saiz sederhana
  • 5 biji bawang merah
  • 9 biji bawang putih
  • 3 cm halia
  • 7 biji cili api (i suka ada rasa pedas sikit, taknak letak pun takpe)
  • 1/4 cawan rempah briyani (dalam 3 sudu besar. i guna rempah briyani Faiza)
  • 2 kilo ayam, dipotong saiz sedang-sedang
  • 1 biji bawang besar Holland, dimayang
  • Sedikit rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, cengkih dll)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • Kentang dan tomato dipotong (kalau suka)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam sebagai perisa
Cara-cara :-
1) Ayam digaul dahulu dengan bahan kisar dan rempah briyani dalam 10 minit (atau boleh perap in advance sebelum pergi kerja, balik kerja boleh terus masak).
2) Setkan Noxxa pc pada "stir-fry" mode. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan rempah ratus sehingga naik bau.
3) Masukkan ayam yang telah diperap dan tumis sehingga sekata dalam lebih kurang 3 minit.
4) Masukkan air, susu cair dan garam. Offkan periuk.
5) Setkan pada "High Pressure" mode selama 15 minit dan pusing tombol ke arah Pressure. Tekan On. Selepas 15 minit, putar tombol ke arah Steam dan lepaskan wap sehingga terdengar bunyi klik. Barulah dibuka tudung periuk. Kalau taknak letak kentang dan tomato skip langkah 6.
6) Masukkan kentang yang telah dipotong, tomato dan bawang besar dihiris kasar. Tutup tudung periuk dan setkan sekali lagi pada "High Pressure" mode selama 5 minit. Selepas 5 minit lepaskan wap seperti biasa.
7) Sekiranya anda inginkan kuah yang lebih pekat, tekan "Stir-Fry" mode untuk memekatkan kuah.
 
Sumber: Lenny Marlynna
 

Saturday, August 1, 2015

Noxxa: Ayam Kicap

Ayam Kicap Noxxa
Sumber: Lenny Marlynna

Bahan-bahan :-...
  • 700g ayam dipotong, gaul dengan garam dan kunyit
  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Halia dihiris
  • Kicap
  • Air
  • Bawang besar dihiris
  • Cili merah/hijau dihiris
  • Garam untuk perisa
  • Lada hitam/lada putih (optional)
  • Minyak untuk menumis
 
Cara-cara :-
1) Setkan pc Noxxa pada "stir-fry" mode. Gorengkan ayam yang telah diperap sehingga separuh masak.
2) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris.
3) Setelah agak layur dan garing, masukkan bawang besar dan cili dihiris (nak letak kemudian pun takper). Kacau sehingga sekata.
4) Masukkan kicap, air, garam dan lada hitam/putih (optional). Kalau suka kuah banyak, boleh letak banyak tapi saya suka kuah sedang-sedang. Offkan pc.
5) Tutup tudung periuk dan setkan pada "steam" mode selama 5 minit sahaja uollsss...
6) Selepas 5 minit, release steam dan buka berhati-hati. Kalau nak lagi pekat boleh stir-fry sekejab (nak tambah bawang besar dan lada dihiris masa ni pun boleh).