Showing posts with label NOXXA: Nasi. Show all posts
Showing posts with label NOXXA: Nasi. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Noxxa: Nasi Beriyani / Beriani

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

Nasi Beriyani Berempah
Sumber: Lenny Marlynna

Bahan-bahan :-
  • 2 cawan beras Basmathi, direndam selama 20-30 minit dan ditoskan (i guna Beras Faiza Basmathi Kohinoor Super Extra Long Grain haaa tudiaaa hehehe)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji bawang besar Holland, dimayang
  • 9 biji bawang putih, dimayang
  • 1 biji lada hijau, dimayang (i guna lada merah sebab lada hijau habis hihihi...)
  • 1 sudu teh rempah tumis serba sedikit (kayu manis, buah pelaga, biji ketumbar, jintan)
  • 1 sudu besar Rempah Beriani Chef Ammar (boleh didapati di Giant atau Mydin berdekatan anda. Nak guna rempah lain pun boleh...)
  • 1 sudu besar tomato paste
  • 2 sudu besar minyak sapi (I guna minyak masak jer sebab minyak sapi dah habis huhuhu tapi still sedap!)
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :-
1) Setkan Noxxa pc pada "stir-fry" mode. Masukkan minyak sapi/minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, lada hijau dan rempah tumis sehingga naik garing dan naik bau.
2) Masukkan rempah beriani Chef Ammar. Tumiskan lagi seketika.
3) Masukkan beras dan tumiskan dalam satu minit.
4) Masukkan air, tomato paste dan garam secukup rasa. Offkan periuk.
5) Setkan pada "Low Pressure" mode selama 7 minit dan putar tombol pada arah Pressure.
6) Selepas 7 minit, Noxxa pc anda akan mengeluarkan bunyi beep beep tanda dah siap. Dengan menggunakan senduk kayu tolak tombol Pressure ke arah Steam (kalau konfiden boleh tolak guna jari tehehehe). Lepaskan wap sehingga habis sampai anda mendengar bunyi "klik". Bolehlah buka tudung periuk. Taaadaaaa! Nasi briyani dah siap!
 
Sumber: Lenny Marlynna
 
 

Sunday, August 2, 2015

Noxxa Nasi Tomato

Nasi Tomato Noxxa 
Sumber: Lenny Marlynna
Bahan-bahan :-
  • 1 biji bawang Holland dimayang
  • 5 biji bawang putih dimayang...
  • Rempah tumis
  • 2 cm halia
  • Minyak sapi untuk menumis (tapi i selalu guna minyak masak biasa jer...)
  • 2 cawan beras Basmathi (rendam selama 30 minit)
  • 2 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar tomato paste
  • Garam
  • Tomato dihiris (kalau suka)
Cara-cara :-
1) Setkan Noxxa PC pada "stir-fry" mode. Masukkan minyak dan tumis rempah ratus, halia diketuk, bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang. Boleh masukkan tomato dihiris jika suka.
2) Selepas sedikit garing, bolehlah masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau untuk seketika.
3) Masukkan air dan susu cair serta sedikit garam. Offkan periuk.
4) Setkan pada "HP" mode selama 7 minit.
 

Sumber: Lenny Marlynna