Friday, August 9, 2013

Konsert Pray 4 - ERTI PRIHATIN

Bismillah

Malam ini hujan renyai renyai....
Usai selesai kenduri kami begegas bersiap utk ke PRAY 4 (Gaza Syria Mesir Rohingya).
Anak-anak bersemangat sekali....pertama kali mahu menonton konsert....

Sampai di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bangi.... kenderaan sudah penuh dlm tmpt parking.. di sepanjang jalan juga sudah penuh.... hati mohon pada Allah agar mudah kami jumpa parking yg mudah dan dekat utk ke pintu masuk utama.

Alhamdulillah parking settle.... hujan masih renyai... anak2 sudah disiapkan dgn baju sejuk dan tutup kepala masing masing. Kami harus melintas jalan ke seberang sana utk ke pintu masuk utama.... abah genggam erat tangan adik. Umi pula genggan erat tangan abang dan kakak..... kereta laju laju.... mohon lagi semoga Allah mudahkan kami melintas.... gusar juga rasa hati....

Sampai di tapak Konsert sudah ramai muslimin duduk hadapan pentas utama.... Subhanallah.. ramai sekali umat islam sekitar Bangi datang menyatakan rasa prihatin terhadap umat islam yg lain.

Kami duduk di hadapan tepi pentas.... Majlis dimulai dgn sajak dari Usrah Nurani diiringi anak anak dari Persatuan Tadika Islam..... bergema pentas.... diikuti dgn Mini Forum oleh ustaz Syed Abdul Koder, Ustaz Zamri Mantop dan Imam Muda Hassan.... terasa di hati mendengar suara ustaz-ustaz ini....
Di hadapan kami ada seorang PAKCIK menaiki kerusi roda. Dalam hati berkata2 gigih skali pakcik ini datang menunjukkan keprihatinannya... Pakcik ini asyik menoleh ke blkg memandang umi... kenapa ya... Tangannya menggamit ke arah abah. Rupanya pakcik nak minta tolong tolak kerusinya ke hadapan supaya lebih jelas pandangan atas pentas....
Usai Mini Forum, Aisyah pun dah mengantuk... dlm hujan pun boleh lena..... kami berangkat pulang...

Esoknya kami berbual kecil...
Umi: Semalam kita pergi PRAY 4. Utk apa? 
Faiq, Aisyah dan Farihin: (Diam, termenung.... agaknya nak fikir mcm mana nak jawab soalan cepumas umi...)
Faiq: Nak tengok konsert?
Aisyah: Nak bagi sedekah kat org Mesir?
Farihin: (bulat matanya masih berfikir.... heee)
Umi: Kita bersusah payah meredah hujan, melintas jalan yg byk kereta, duduk dalam lecah.... bukan sebab nak tengok konsert, nak tengok artis nasyid, nak tengok ustaz-ustaz....
Kita ke sana utk menyatakan kita PRIHATIN, kita tetap akan sokong umat Islam di serata dunia....
Faiq: itu la yg Faiq nak jawab umi.... heeee
Aisyah: Tapi semalam kita tak sempat sedekah....
Umi: Takpe nanti umi cuba sedekah online....
Umi: Ingat tak pakcik yg naik kerusi roda semalam
Aisyah: Aisyah kesian la kat pakcik tu... macam mana dia nak balik...?
Farihin: Abah bagus la umi... abah tolong tolak kerusi pakcik tu....
Umi: Pakcik tu walaupun tak boleh jalan, masih berusaha datang menyatakan sokongan.... AllahuAkbar.... tentu Allah akan jaga pakcik tu...
Farihin: (yg drp tadi diam saja tetiba meluru peluk umi). Aby rasa nak sedih la ingat kat pakcik tu.....
Umi: Rupanya aby pun prihatin ya dgn pakcik tu....

Mungkin anak2 umi belum faham sepenuhnya macam mana nak PRIHATIN terhadap orang Islam di Mesir, Palestin, Syria dan Rohingya. Tapi umi rasa gembira sebab anak2 sudah mendapat ilmu PRIHATIN terhadap pakcik kerusi roda itu..... Alhamdulillah.... Semoga anak2 umi akan membesar menjadi HAMBA Allah yg prihatin.

Apa pun niat ke ke Konsert ini.....
nak tengok konsert?
nak tengok artis nasyid?
nak tengok ustaz?
nak dtg tangkap gambar dan post di blog dan facebook?
Hanya Allah yg tahu....
Ya Allah ampunkan kita jika terbit rasa riak dalam hati....
merasa hebat merempuh sedikit dugaan ke majlis ini.... rupanya Allah ajar dengan kehadiran PAKCIK itu mengajar kami bahawa ada orang lain yg menempuh DUGAAN yg lebih utk ke majlis ini...
dan DUGAAN kita tentu takkan dapat menandingi dugaan umat islam di Mesir, Palesin, Gaza dan Rohingya yang dihujani peluru dan bom dan derita kehilangan ahli keluarga.
Allah.... Allah... Allah....

Dalam hujan renyai itu... kami mohon Allah perkenankan doa kami utk saudara kami di sana....
Aamiin....


Astagfirullah

Thursday, May 2, 2013

Maulid Rasul: Projek Amal

Assalamualaikum warahmatullah...

Anak-anak umi.... Faiq, Aisyah dan Farihin....

Sempena Maulid tahun ini, umi dapat idea dari rakan ummikusayang utk agih cupcake. Seronok juga ya... boleh la umi bawak anak2, kita bagi amalkan sunnah bersedekah sempena Maulid. Tentu anak2 seronok.

Dalam facebook umi warwarkan kepada rakan2 yg nak join umi... alhamdulillah sambutan sungguh menggalakkan.... kawan2 umi akan buat di tempat masing, insya Allah....


Pagi itu umi siapkan 200biji cupcake comel.... terima kasih anak2 tolong warnakan cupcake jadi lebih cantik dan menarik....

Tekun sekali Aisyah menyusun cupcake
Macam2 gaya mewarna cupcakes.... hehehe





Hasilnya cupcake yg berwarna warni..... 
semoga orang yg makan pun seceria warna2 ini....

















Petang tu kita bersiap ke Masjid Putrajaya... Sayang sekali Abah tak dapat ikut kita.... tentu lebih seronok... insya Allah tahun depan ya Abah...

Sampai sana kawan2 umi dan sampai dan banyak sekali cupacakes yg ada... Alhamdulillah.... syukur... semua sekali lebih kurang 600pc.... sumbangan dari Aunti Azura Bakinglover, SPOT CUPCAKE (seksyen 9, BBB), Auntie lea-oven, Auntie Aishah Putrajaya dan juga kawan2 Auntie Azura yg bawak goodies!
Cupcake auntie Azura dan anak2
Cupcake dr The SPOT Cupcakes
Tak sabar dah nak agih cupcake.... Meh kita bahagi2 dulu...
Bibi faridah dan kawan2 sedang sibuk bahagi cupcakes utk dibahagikan
kak Esha sedang cari ayat nak cakap dgn pelancong dari China

Ayuh anak2 kita mulakan.....

Pelancong China seronok tangkap gambar kawan2 kita..

Macam-macam aksi menarik kan!

Bila jumpa pelancong dari China,  
Mereka takut2 nak ambik, bila ambik dia keluar duit nak bayar.... kita kata free mereka tak faham.... hehe.... 
bila tau free ramai yang serbu.....
Takpela... walau mereka tak faham, cukuplah kita tunjuk akhlak yg baik, senyum, kita tunjuk pakaian kita yg tutup aurat... dan mereka seronok sekali ambik gambar kita kan!

Bila jumpa pelancong dari Indonesia....
kita belajar perkataan baru... GRATIS... maknanya PERCUMA.... 
sepanjang jalan Farihin jerit "kek percuma, kek percuma!...."
Pelancong Indonesia: Apa ini?
Kita: Kek percuma
PI: Gratis
Kita: Iya, gratis, gratis...
PI: Kenapa?
Pelancong Indonesi sedang menikmati cupcake setelah bersolawat
Kita: Maulid
PI: Subhanallah... Maulid!, Alhamdulillah bagussssss! 
Kita: Iya... mari kita solawat....
PI: ALLAHUMMASOLLI ALA MUHAMMAD! (solawat ramai2)
Bila jumpa pelancong Arab dan Afrika, mereka bertakbir "ALLAHUAKBAR" bersolawat dan berdoa utk kita... subhanallah terima kasih Allah...

Bila jumpa rakan2 Malaysia kita bersolawat bersama, dan mereka juga seronok sekali. Semoga usaha kita ini membuka jalan dan inspirasi utk mereka juga....

.
 Alhamdulillah selesai misi kita untuk kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat:
1. Penyumbang2 cupcakes dan goodies, lea-oven dan The Spot Cupcakes
2. Auntie Azura sekeluarga dan kawan2
3. Bibi Faridah, Esha dan Ashraf (sangat2 berbesar hati bawa lauk makan tengahari dan menyumbang tenaga)
4. Auntie Aishah dari Putrajaya yg bawak muffin
dan semua yang memberi galakan.....
  
Dalam perjalanan balik, 
Faiq: Umi, faiq rasa seronok hari ni....
Umi: Kenapa?
Faiq: Dapat bagi cupcake pada orang...
Umi: itulah maknanya... "Erti hidup pada Memberi" 
kita selalu seronok terima hadiah..... sebenarnya kita rasa LEBIH seronok bila MEMBERI......

Anak2 umi...
Apa yg kita buat hari ni bukan untuk mencari nama atau mendapat pujian....
kita buat ini hanya utk mencari redha Allah... Hanya Allah yang akan menilai usaha kita.... 
Umi mohon keampunan Allah dan berdoa agar terhindar dari rasa riak ketika menulis coretan ini...... 

Wassalam, 
Umi

Ingatan utk tahun depan:
  • lantik event manager - Esha 
  • Buat poster dan banner
  • buat tag "Saya love Nabi Muhammad"
  • sesi taaruf dengan sahabat baru
  • sediakan meja
  • dapatkan lebih cupcak

Sunday, March 31, 2013

Seminar Fenomena Abu Bakar - Berani Miskin

 

Assalamualaikum ustaz Mohammad Asraff Ayob, Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz...

Terima Kasih Allah dan terima kasih ustaz atas segala ilmu yang dikongsi dalam Seminar Fenomena Umar semalam....

Malam tadi tak sabar2 nak praktikkan ilmu ini....
Saya bersama anak2 bukak 'BUKU' Memahami Al-Quran petunjuk kita. (Terjemahan Al-Quran dlm Bahasa Melayu)

Kami mulakan dgn tips:
1. Buka mana2 surah.
2. Fikir soalan. Dalam kepala saya dah lama ada soalan.... mana ayat2 Allah yg sebut pasal sains... selama ni bila baca Quran belum jumpa.....



Photo: Surah AlHijr ayat 16-25

Assalamualaikum ustaz Mohammad Asraff Ayob, Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz... 

Terima Kasih Allah dan terima kasih ustaz atas segala ilmu yang dikongsi dalam Seminar Fenomena Umar semalam....
 
Malam tadi tak sabar2 nak praktikkan ilmu ini....
Saya bersama anak2 bukak 'BUKU' Memahami Al-Quran petunjuk kita. (Terjemahan Al-Quran dlm Bahasa Melayu)

Kami mulakan dgn tips:
1. Buka mana2 surah.
2. Fikir soalan. Dalam kepala saya dah lama ada soalan.... mana ayat2 Allah yg sebut pasal sains... selama ni bila baca Quran belum jumpa.....

Kami buka surah  Al-Hijr - Ayat 16-18
Kami baca bersama2....
"Bintang Allah jadikan sebagai perhiasan dilangit, menenangkan hati mereka yg melihatnya" 
(subhanallah.... respond saya..)

"Menjadi pengawal dari syaitan yg mahu mengintai rahsia langit'
(macam mana agaknya bintang jadi pengawal ya? -soalan saya)

"jika mereka mahu mengintai rahsianya, Allah akan rejam dengan bintang yg berekor"
(subhanallah...... Allah sudah jawab soalan saya..)

respond anak saya FAIQ - "ohhh bintang berekor tu  METEOR la umi.... " subhanallah...

Alhamdulillah terima kasih ustaz, dan penganjur Ridzuan CoachRidz. Semoga ustaz, penganjur dan semua yg terlibat dalam seminar semalam sentiasa dirahmati Allah.  Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada insan lain. 

Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah... 
Kami buka surah Al-Hijr - Ayat 16-18
Kami baca bersama2....
"Bintang Allah jadikan sebagai perhiasan dilangit, menenangkan hati mereka yg melihatnya"
(subhanallah.... respond saya..)

"Menjadi pengawal dari syaitan yg mahu mengintai rahsia langit'
(macam mana agaknya bintang jadi pengawal ya? -soalan saya)

"jika mereka mahu mengintai rahsianya, Allah akan rejam dengan bintang yg berekor"
(subhanallah...... Allah sudah jawab soalan saya..)

respond anak saya FAIQ - "ohhh bintang berekor tu METEOR la umi.... " subhanallah...

Alhamdulillah terima kasih ustaz, dan penganjur Ridzuan CoachRidz. Semoga ustaz, penganjur dan semua yg terlibat dalam seminar semalam sentiasa dirahmati Allah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada insan lain.

Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah...


 Photo: Terjemahan Al-Quran
(Tiada Bahasa Arab)

SANGAT BEST! SUBAHANALLAH....
ditulis dalam Bahasa Melayu yg ringkat dan mudah faham....
Sangat2 recommended utk sahabat2 yang mahu MENCINTAI Al-Quran...

Boleh order dgn Ridzuan CoachRidz, insya Allah...
 Recommmeded!
Carilah dan belilah 'BUKU' Al-QURAN terjemahan ini.....
Insya Allah dapat membantu kita LEBIH memahami Al-Quran.....

Wassalam

Wednesday, March 6, 2013

Keluarga Wakaf

Assalamualaikum warahmatullah...

Dua tiga hari ni teringat sahabat dan jiran lama Elly Nizam dan keluarga. Jiran kami di Bandar Sri Damanasara dulu.... Berkenalan di group ummikusayang... hingga menjadi jiran. Sepanjang kenal dgn kak elly sekeluarga saya cukup kagum dengan semangat mereka sekeluarga..

Dengan pelbagai dugaan hidup dan pelbagai masalah yg tak terucap... Mereka meWAKAFkan diri utk membantu... membantu keluarga susah, membantu anak2 masuk universiti, membantu perbelanjaan anak2 miskin masuk sekolah, membantu rumah2 anak yatim, masuk ke ceruk kampung menghantar sumbangan....
SUBHANALLAH....

Mereka tak perlu tunggu menjadi KAYA utk mewakafkan diri...
Ya Allah, KAU rahmatilah kak Elli sekeluarga, Kau lapangkan rezki mereka, dan kurniakanlah rumahMu di JANNAH utk mereka sekeluarga....
Sesungguhnya mereka Berani 'Miskin' di dunia utk KAYA di Akhirat....

 

Untuk sahabat2 yang berhajat membina saham akhirat bersama kak Elly boleh jenguk blog http://eksekutifsuri.blogspot.com/

P/S: Ampun dan maaf dipohon pada kak Elly atas catatan dan perkongsian ini. Hanya bertujuan untk memberi inspirasi kpd orang lain....

Dan siapa lagi yang baru nak belajar BERANI MISKIN boleh ke Seminar Fenomena Abu Bakar - "Berani Miskin". Insya Allah boleh mendapat idea cara2 mewakafkan diri....
 

Astaghfirullah

Friday, February 15, 2013

Memahami Fadhilat Al-Fatihah


Bismillah



Fadhilat Al-Fatihah...

umi selalu dengar ustaz ustazah kata banyak fadhilat surah Al-Fatihah. Satu2nya surah yg Allah jawab terus bila kita membacanya....  Sbb tu anak2 mesti membacanya dengan penuh rasa bukan sambil lewa...
Bacalah dengan penuh rasa dan penuh kefahaman supaya kita dapat merasa fadhilat dan kebaikan surah ini...

Satu fadhilat yg selalu disebut ustaz ustazah ialah kita kena selalu sedekah Fatihah pada orang yang masih hidup supaya hati mereka menjadi lembut....

Alhamdulillah semalam umi dan Aishah diberi kesempatan oleh Allah mempraktikkan amalan ini bersama...

Lepas solat maghrib Aishah cerita:
Aisyah: Umi... Aisyah rasa nk tukar sekolah?
Umi: Kenapa?
A: Ada sorang kawan Aisyah tu suka marah2, Ada skali tu di pukul Aisyah sakit sangat....
U: Agaknya kenapa dia buat macam tu? Aisyah ada buat apa2 kat dia ke?
A: Takde pun. Aisyah pun tak tau kenapa. Dia tak bagi Aisyah kawan dgn kawan baik Aisyah, Dalili.
Dia tk bagi Dalili kawan dgn Aisyah... Dia selalu suruh Aisyah teman dia.... tapi dia suka marah2...
U: ooooo... mungkin dia nak Aisyah jadi kawan karib dia dan dia cemburu Aisyah kawan dgn Dalili....
Macam ni... umi ada sekotak kek lebih dalam peti ais, esok kita bawak pegi sekolah. Sebelum tidur kita baca Al-Fatihah sama2.

Malam tu sebelum tidur kita berdoa pada Allah...
"Ya Allah, dgn fadhilat Al-Fatihah ini kami sedekahkan kepada kawan Aisyah supaya hatinya lembut dan tidak marah2 lagi dan boleh berkawan bersama...."
Al-Fatihah.... baca dgn sepenuh hati dan sepenuh rasa....
Juga dibaca pada kek dgn niat kawan2 yang makan lembut hati mereka dan seronok....

Balik sekolah esoknya:
A: Umi... kawan2 dah makan kek... dorang kata sedap... cikgu2 pun makan...
U: Kawan Aisyah tu makan?
A: Makan juga..... Umi... betul la kata umi malam tadi.... tak sangka kawan tu datang jumpa Aisyah dan minta maaf dgn Aisyah.... Malam ni kita baca Al-fatihah macam semalam ya....."

Fatihah - Pembukaan
Seperti namamu... Aisyah Fatihah - Pembuka Hidup Bahagia
Jadikah hamba yang membuka dan membawa kebahagiaan...

Alhamdulillah... anak-anak...
Hanya Allah saja yg boleh mengubah hati manusia.... apa-apa pun mintalah pada Allah.....
Kerana Allah itu MAHA MENDENGAR.....lagi MAHA MEMPERKENANKAN....

Subhanallah... Alhamdulillah...