Thursday, August 20, 2015

Noxxa: Carrot Cake

*Ini himpunan koleksi bukan resepi asal saya.

CARROT WALNUT CAKE
Sumber: Juariah Hussin

Ayak semua bersama-sama dan ketepikan

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda
2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis (Saya x masuk)
1 sudu kecil garam

Pukul hingga kembang
4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 ½ cawan minyak sayuran @ minyak masak

2 ¾ cawan lobak merah diparut
1 cawan kelapa kering (sy tak letak)
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar

Cara2
1. Pukul telor + gula + minyak hingga kembang.
2. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
3. Campurkan carrot, walnut, nanas & kelapa ke dlm adunan dan kacau sebati dgn senduk.
4. Tuangkan ke dalam inner.
5. Steam 38 minit.. Kalau dah habis off kemudian kalau Kek masih basah blh steam lg 3 minit.

Sumber: Juariah Hussin

Sunday, August 16, 2015

Proses Membuat Macaron

Bismillah
 
 
Proses Membuat Baby Macaron.
1. Penyediaan template dan parchment paper.
  • *Saiz template 20sen baru.
2. Penyediaan bancuhan french method....
3. Check kecairan adunan.
  • *kalau pekat mac tk licin dan jadi senget.
  • *kalau cair sgt jadi nipis pulak.
4. Alatan yang digunakan.
5. Teknik piping.
  • *mesti tegak dan stabil... ok. Practise make perfect. Insya Allah.
6. Proses pengeringan dan pembakaran.
*kalau nk cepat kering kena pakai aircond. Sbb tu le mahai baby mac ni. Mac... hang tidoq pakai aircond... aku tidoq pakai kipas jek.
  • *kalau tk kering, mac merekah dan tkde kaki.
  • *kalau terlebih kering, kaki mac masuk ke dalam.
  • *ngam-ngam kering baru kaki lurus.
7. Proses isi filling.
  • * pakai nutella dan peanut butter.
8. Proses 'mencari jodoh' dan cantum
  • * berpinor2 mata nk cari jodoh sekufu.
9. Proses asing warna saja seronok tengok.
10. Proses packaging ikut kesesuaian.
 
Nota 1:
Nak buat baby mac kena sabar dan jgn mudah putus asa. Saya pernah buat 20 adunan semua senget benget. Hampir putus asa. Bangun dan buat terus..... study macam-macam sumber. Hingga diberi petunjuk. Bukankah Allah akan menunjuk jalan bagi orang yang tidak berputus asa....
Subhanallah. Walhamdulillah. Allahuakbar.
Astaghfirullah.
 
Nota 2:
Baca pun dah takut nk belajar... kikiki. Nak bagitau ni... bila dapat teknik yg betul... asyik kerja nk buat je... kalau takmo buat order aje...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰
 Nota 3:
Utk kelas boleh booking weekdays.
Untuk kelas dan order sila watsap 0133941722
 
Nota 4:
Jemput singgah galeri seni kek chepahcutecakes dan Chepahcutecakes-wedding
 
 

Noxxa: Ketam Lemak Cili Padi

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

KETAM LEMAK CIPADI NOXXA
Sumber: Jamaliah Ali
 ( editan Cik Kiah Kicen)

Bahan:
  • 5 ekor ketam - bersih dn belah 2
  • 1 kotak santan 200 ml
  • 4 - 6 biji cili padi kampung
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 kpg asam keping
  • 1 inci kunyit hidup @ 1 sdt serbuk kunyit
  • 2 btg serai - titik
  • Garam

Cara
  • Kisar cili padi , kunyit hidup bawang putih dn merah.
  • Masukkn bahan kisar , serai dn ketam serta sedikit air
  • HP 4 minit.
  • SF dan masukkan santan dan perasa garam
 
Sumber: Jamaliah Ali

Noxxa: Bubur Gandum

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

BUBUR GANDUM NOXXA
Sumber: Jamaliah Ali
(Olahan Cik Kiah Kicen)

Bahan2:
1 cawan biji gandum - cuci bersih
5 cawan air
1 senduk gula pasir
2 cawan santan
Secubit garam
2 helai daun pandan - simpul

Cara2:
πŸ“Œ Masukkn biji gandum dlm inner bersama air dan daun pandan.
πŸ“ŒTekan HP 25 minit . Jika gandum tak cukup hancur tambah masa.
πŸ“Œ Stirfry tambah santan, garam dn gula

Sumber: Jamaliah Ali

Asam Pedas Tenggiri Noxxa

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

IKAN TENGGIRI ASAM PEDAS NOXXA
Sumber: Jamaliah Ali
(Editan CKK)

Bahan:
5 kpg ikan tenggiri
10 btg bendir
1 ikat daun kesom
Air asam jawa
Minyak
Garam
2sdb kerisik
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Seketoi belacan*
15 tangkai cili kering*
-bahan tanda * dikisar

Cara2:
πŸ“Œ Stirfry dan panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
πŸ“Œ Masukkn daun kesom dan ikan. Kemudian air asam dan bendir.
πŸ“Œ Tekan HP4 minit.
πŸ“Œ Stirfry semula dn letak kerisik serta perasakan garam

Sumber: Jamaliah Ali

NUTSHELL GORENG NOXXA

*Ini himpunan koleksi, bukan resepi asal saya.

NUTSHELL GORENG NOXXA
(Editan Cik Kiah Kicen)
Sumber: Jamaliah Ali

 Bahan:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
- kisar semua bahan
300g nutshell
Sedikit butter
Rencah (sosej, isi ketam, soyong ball & de gang)
Air
Garam

Cara2:
πŸ“Œ Stir fry dan panaskn butter. Tumis bahan kisar hingga wangi.
πŸ“Œ Masukkn rencah dn gaul rata.
Kemudian masukkn nutshell dn air. Agak-agak lebih sikit dr pasta.
πŸ“Œ tekan HP minit, perasakn garam dan siap.

Selamat Mencuba
Sumber: Jamaliah Ali

Tuesday, August 11, 2015

Kek Lemang dan Ketupat

Buat kek macam-macam gaya...
Makcik paling suka kek 3D fondant
Hasilkan sesuatu yang REAL menggunakan gula
Gula FONDANT

 Ini bukan ketupat. Ini Fondant berbentuk ketupat...

Ini bukan Lemang.... ini fondant berbentuk LEMANG....